TMJ Bakal Buat Kejutan Untuk JDT Khamis Ini...Peminat Bola Sepak Malaysia Tak Sabar Menanti

Umum mengetahui Pasukan Kelab Gergasi Bola Sepak Malaysia Kelab Johor Darul Takzim JDT setiap tahun akan membuat kejutan dan perubahan bukan sahaja kehadiran pemain-pemain import dan tempatan tetapi perancangan demi memajukan sukan bola sepak Johor menjadi nadi utama menajdikan JDT sebuah kelab terbaik di dunia.

Baru-baru ini JDT telah kehilangan pemain-pemain yang menjadi ayam tambatan utama skuad JDT iaitu Diogo yang kembali ke Liga Thailand dan Safawi yang bermain dengan Kelab Portimonense di Liga Portugal.

Namun begitu,TMJ Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT),berkongsi perancangan kelab bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers semalam, TMJ berkata pihak kelab telah menandatangani empat pemain bagi menghadapi saingan musim 2021.

Selain itu, juara Liga Super musim 2020 tersebut juga sudah melakukan persiapan bagi menghadapi saingan musim 2022 dimana mereka telah menandatangani empat pemain, dua daripadanya ialah pemain naturalisasi serta seorang pemain import.

Bagaimanapun, dalam video tersebut TMJ tidak mendedahkan senarai nama pemain yang telah ditandatangani bagi saingan musim 2021 dan 2022. Perkara tersebut mungkin akan dikongsikan dalam jangka masa terdekat.

Pada masa yang sama, Tunku Ismail juga mendedahkan Johor Darul Ta’zim turut mencipta sejarah apabila bakal berkolaborasi dengan salah satu jenama terkenal yang mana akan memberi pengiktirafan besar terhadap kelab dan juga negara.

 

Pada akhir video tersebut, Tunku Ismail memberi bayangan akan membuat satu lagi pengumuman berkenaan kelab pada Khamis ini.

Dalam pada itu peminat Bola Sepak Malaysia ramai yan tidak sabar menanti apakah berita dan pengumuman yang bakal diumumkan esok. Jom kita lihat sebahagian komen fans bola sepak Malaysia.







0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post