Rumours Player Baru JDT 2021...


Kredit The Borak Football

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mengorak langkah dalam memperkasakan cabaran pasukan berkenaan apabila bakal menandatangani empat muka baharu pada musim 2021- 2022.

TMJ sebelum ini mengesahkan JDT berjaya mendapatkan khidmat pemain Liga Mexico, Tijuana iaitu Camilo Da Silva Sanvezzo dan pemain tengah negara Muhammad Daniel Amier Norhisham, adalah antara beberapa muka baharu yang sah menyertai JDT pada musim hadapan.

Nama dua tonggak naturalisasi - Mohamadou Sumareh dan Isaac Angking - mula dikaitkan dengan kelab gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim (JDT).


Ia susulan pendedahan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam yang mengatakan juara Liga Super tujuh kali berturut-turut itu akan diperkuatkan dengan dua pemain naturalisasi.

Sumareh sebelum ini sudah dikaitkan dengan skuad Harimau Selatan dan terdapat spekulasi bahawa pemain naturalisasi pertama negara itu akan menyertai JDT selepas kontraknya bersama Police Tero FC berakhir.

Berdasarkan laporan sebelum ini juga, bekas pemain Pahang itu hanya mengikat kontrak enam bulan bersama kelab Thailand itu.


Sementara itu, Isaac yang dikatakan berdarah kacukan Malaysia-Amerika Syarikat (AS) juga terpalit dengan spekulasi perpindahan ke JDT selepas kelabnya, New England Revolution yang beraksi dalam Major League Soccer dikhabarkan tidak menyambung khidmatnya untuk musim depan.

Baru berusia 20 tahun, Isaac yang beraksi di posisi tengah dijangka boleh menjadi prospek masa depan terbaik buat JDT dan Harimau Malaya sekiranya spekulasi perpindahan itu menjadi kenyataan.

Bagaimanapun segala spekulasi itu hanya akan terjawab selepas sidang media khas yang akan berlangsung, Khamis ini.

Mesti ramai yang tak sabarkan detik bersejarah pada hari Khamis ini.



0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post