Apa Sudah Jadi Isharefans dan Like Share...Dengar Cerita Ramai Terceduk


Sebelum ini Rakyat Malaysia telah digemparkan dengan satu aplikasi buat duit secara online dengan mudah. Yelah dengan hanya diminta buat task sahaja korang dibayar dengan nilai Rm1.

Lantaran dari itu ramai pakar it teknologi di malaysia khusus cuba nak menyelamatkan bangsa melayu oleh kerana ramai join program buat duit ni ramai orang melayu. Ada pendedahan pakar2 kaji mengatakan program buat duit isharefans dan likeshare ini merupakan skim ponzi atau money game. Allahukbar!!! Sangat menakutkan. Bukan ape ramai yang join sanggup melabur duit dengan banyak sekali.

So sekarang ada beberapa pendedahan yang telah berlaku didalam group ahli2 isharefans dan like share sendiri yang mengatakan mereka tak dapat withdraw kerana sistem bermasalah dan sebagainya. Ada yang mengatakan jugak akaun dalam ewallet mereka jadi baki zero gais....

So korang tengok la sendiri biar gambar berbicara.





Sementara itu pakar2 sudah dapat menjangkakan perkara skim ponzi ini hanya sementara dan mereka akan lari. Jom kita lihat apa pandangan mereka

Dari Facebook  Syahmi Suleiman

Kasihan mereka kene tipu hidup2. Front page isharefans tu, yg ad slider naik-naik atas pasal successful withdraw, itu HTML Hardcoded. Dia akan naik-naik benda2 yg sama. Tanpa orang sedar. Ini pendedahan terakhir aku. Selamat maju jaya fans kepada isharefans
.
First time ak bukak benda alah ni, ni yg aku akan view dulu. Their code. Tapi aku tak dedahkan. 🤣🤣🤣 Relax aku bukan hack, just just right-click, dan pilih “View Page Source”.
.
-Updated at 9:01PM-
Tetibe dah takde semua nmbor tu. pelik... Lama ak monitor list2 tu..

Dari Facebook Abdel Rahmanov

"Kisah Sedih iShareFans"

Minggu ini adalah minggu yang amat mencabar bagi ahli-ahli iShareFans. Kisah sedih yang berlaku dalam iShareFans adalah seperti berikut:

1. Banyak berlaku kes ahli-ahli iShareFans tidak dapat melakukan withdrawal (pengeluaran) duit iaitu ganjaran yang iShareFans berikan bagi setiap tugasan. Dahulu dalam beberapa minit sahaja sudah dapat withdraw duit. Namun kini walaupun sudah berhari-hari namun withdrawal masih pending.

2. Apabila withdrawal pending maka bermacam alasan diberikan dalam grup support iShareFans untuk menyedapkan hati. Mereka ini bukan staf iShareFans tetapi mereka memberi respond bagaikan mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku. Alasan yang diberikan seperti berikut:

# terlalu ramai orang withdraw duit
# masalah internet banking BSN 
# jumlah withdrawal banyak sangat
# masalah apps iShareFans
# server down perkara biasa

3. Perkara pelik ialah apps iShareFans sentiasa menunjukkan notifikasi ahli-ahli iShareFans yang berjaya melakukan withdraw. Akhirnya ahli-ahli iShareFans terpaksa memujuk diri bahawa notifikasi itu adalah fake (palsu) semata-mata.

4. Apabila proses withdrawal pending. Tiada respon segera daripada iShareFans. Ahli-ahli ditinggalkan dalam gelap gelita. Kemudian ada cadangan ahli dalam grup iShareFans supaya recharge iaitu membeli pakej yang baru. Maka duit itu boleh dibayar kepada ahli-ahli iShareFans yang mahu withdraw.  

5. Kemudian barulah muncul respon daripada iShareFans bahawa withdraw pending sebab berlaku wabak COVID-19 dan waktu bekerja perlu dibataskan. Tetapi mereka berjanji untuk selesaikan withdrawal dengan segera. Namun withdrawal itu masih pending.

6. Ahli-ahli iShareFans mulai marah-marah dan mempertikai iShareFans. Namun masih ada ahli-ahli yang masih bersangka baik terhadap iShareFans. Mungkin bagi mereka bersangka baik adalah lebih baik daripada kehilangan duit.

7. Kemudian iShareFans mengeluarkan notifikasi baru iaitu ada staf mereka yang positif COVID-19. Mereka juga memperkenalkan Gold Wallet iaitu duit yang pending itu dimasukkan ke dalam Gold Wallet. Duit itu boleh dikeluarkan pada suatu tarikh akan datang bersama peratusan keuntungan tertentu.

8. Gold Wallet dan akaun simpanan yang memberi keuntungan memerlukan lesen daripada Bank Negara Malaysia. Adakah iShareFans mempunyai lesen berkenaan atau ia hanya helah untuk mengkaburi isu withdrawal yang masih pending?

9. iShareFans juga meminta agar ahli-ahli upgrade level iaitu dengan membayar pakej baru ke dalam iShareFans. Modus operandi ini sebijik seperti skim ponzi apabila aliran tunai mulai tersekat. Duit yang baru top-up akan disalurkan kepada ahli-ahli yang lain.

10. Pada hemat saya, iShareFans sudah semakin jelas menunjukkan tanda-tanda scam. Ahli-ahli iShareFans berdoa dan berjuang sehabis-habisan agar mendapat kembali duit mereka sebelum apps iShareFans ghaib tanpa khabar berita. 

Dr. Abdél Rahmanov
25 Nov 2020.

Selain dari itu juga pakar2 utuber malaysia juga ramai memberikan pendapat mereka agar netizen malaysia berwaspada. Antara utuber terkenal ialah Monaliza yang kerap kali mengingatkan agar rakyat malaysia jangan mudah terpedaya. Perkongsian terbaik dari abe cerah.

So kalau korang yang dah termelabur tu siap sedia lah hadapi kes penipuan dan tersontot teragung ini. Sesal pendapatan tiada guna.


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post