Header Ads

ad

Subhanallah... Fenomena Supermoon Dijangkakan Akan Berlaku Tengah Malam Ini


Fenomena Supermoon yang dijangka akan berlaku pada malam ini yang membuatkan kita semua boleh melihat bulan penuh paling besar dan dekat dengan bumi.

Ia dijangkakan akan bermula pada jam 11.53 malam ini dan turut disahkan oleh Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Zahira Mohd Radzi berkata, fenomena itu berlaku apabila titik kedudukan bulan paling hampir dengan bumi dengan jaraknya sekitar 356,761 kilometer.

Fenomena yang boleh dilihat dengan mata kasar itu mengakibatkan bulan kelihatan lebih besar dan jelas daripada biasa. Kali terakhir kedua-dua peristiwa tersebut berlaku pada hari sama adalah 28 Februari 2010. Fenomena Supermoon seterusnya yang akan muncul lebih dekat hanya akan berlaku pada tahun 2034.





Infografik @Agensi Angkasa Negara Malaysia

No comments

Powered by Blogger.