Header Ads

ad

Berita Gembira... Akhirnya Orang Bujang Terima RM100 Bantuan Sara Hidup 2019



Bantuan Sara Hidup Bujang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebentar tadi.
BSH Bujang sebanyak RM100 akan dibayar terus ke akaun penerima pada penghujung Mac nanti.
Pembayaran melibatkan penerima kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018.



Pembayaran BSH fasa kedua dan ketiga untuk kategori lain akan dibayar Mei dan Ogos nanti.


Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa bayaran Bantuan Sara Hidup bagi individu bujang akan dibayar pada penghujung bulan Mac nanti.

Ia akan memanfaatkan lebih 3 juta individu dangan peruntukan sebanyak RM300 juta jelasnya.



"Berdasarkan keputusan Kabinet pada tahun lalu, kerajaan telah menyediakan BSH pada tahun ini dengan mengutamakan keluarga dan telah menyediakan kadar tambahan mengikut bilangan anak di bawah tanggungan.

"Namun begitu, Perdana Menteri telah menekankan bahawa isu tekanan kos sara hidup perlu diberi perhatian bagi semua yang berkeperluan dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menyarankan supaya turut dibantu anak muda yang belum berkahwin dan bekerja tetapi berpendapatan kecil.

Menurutnya, lantaran saranan tersebut, kerajaan telah memutuskan akan membuat bayaran sebanyak RM100 sebagai permulaan kepada setiap individu yang terdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018.

SEMAKAN BSH BUJANG

Semakan status permohonan Bantuan Sara Hidup Bujang boleh dibuat menerusi portal MyBSH di https://bsh.hasil.gov.my

Namun berdasarkan info terkini berikut disenaraikan individu yang tidak layak menerima bantuan sara hidup rakyat tahun ini, antaranya:
Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan
Menetap di luar negara
Bujang berumur 59 tahun ke bawah
Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
Pemegang saham / pengarah syarikat
Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
Memiliki motosikal melebihi 500cc
Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000


KEMBALIKAN BANTUAN RM450 UNTUK ORANG BUJANG

Orang ramai menuntut agar BSH Bujang sebanyak RM450 dikembalikan.

KJ turut mendesak perkara sama memandangkan kerajaan PH memperuntukkan dana RM316.55 bilion dalam Belanjawan 2019 dan jumlahnya lebih besar berbanding peruntukan RM282.25 bilion pada pembentangan Bajet 2018 sebelum ini.

Apa pula pendapat anda?

Cukupkah bantuan RM100 untuk orang bujang?
KEMBALIKAN BANTUAN RM450 UNTUK ORANG BUJANG

Orang ramai menuntut agar BSH Bujang sebanyak RM450 dikembalikan.

KJ turut mendesak perkara sama memandangkan kerajaan PH memperuntukkan dana RM316.55 bilion dalam Belanjawan 2019 dan jumlahnya lebih besar berbanding peruntukan RM282.25 bilion pada pembentangan Bajet 2018 sebelum ini.

Apa pula pendapat anda?

Sumber Semakanonline.com

No comments

Powered by Blogger.