Header Ads

ad

Live Streaming Piala FA 2017 : FELDA UNITED VS JDT Pusingan Ke-2


Pada malam ini, Pasukan Felda United dan Johor Darul Ta’zim (JDT) membuat perhitungan dalam saingan Piala FA Malaysia musim 2017 bagi pusingan kedua (kalah mati) yang dijadualkan berlangsung untuk kedua-dua pasukan pada hari Selasa, 14 Februari 2017. Menarik untuk ditonton oleh seluruh alam semesta.

Match Day!!!!
Piala FA 2017

Felda United vs JDT
9.00 Mlm
Std TAR Jengka
Live TV9

JDTII vs Pahang
9.00 Mlm
Std MPPG



Berdasarkan prestasi semasa, pasukan JDT mempunyai kelebihan untuk mencipta kemenangan dalam perlawanan ini meskipun beraksi di tempat lawan apatah lagi JDT dalam saingan Liga Super pada Januari lalu telah menewaskan Felda United 3-1.Ini suatu motivasi yang baik untuk skuad JDT. Meskipon baru-baru ini juga Benjamin Mora dikritik hebat oleh fans,namun ianya tidak boleh menyebabkan kita alpa terhadap taktikal yang dibuat oleh Benjamin Mora.


Kita perlu bagi ruang dan masa pada Coach kerana beliau tahu apa yang terbaik untuk pasukan JDT, malahan baru-baru ini juga TMJ telah mengajak kepada fans JOHOR untuk bertanya tentang perkara yang menjadi ketidakpuas hati penyokong.

Biarpun Felda United dilihat berada dalam prestasi tidak menentu ketika ini,dan Felda juga kehilangan Coach mereka iaitu Azmi Mohamed namun JDT tidak seharusnya memandang rendah terhadap kemampuan lawan kerana selain mahu mencipta kemenangan, Felda United pasti turun dengan misi “BALAS DENDAM” serta mahu menamatkan riwayat Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Piala FA 2017.

Aksi perlawanan Felda United menentang JDT sudah pasti menjadi tumpuan oleh kedua-dua penyokong yang mahu menyaksikan pasukan mereka mencipta kemenangan sekali gus layak ke pusingan ketiga Piala FA 2017.Perlawanan di antara pasukan Felda United menentang JDT berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka bermula pada jam 9 malam, Selasa.

PIALA FA 2017 | 14HB FEBRUARI 2017



Saksikan pertembungan diantara Felda United menentang Johor Darul Ta'zim dalam perlawanan Piala FA 2017 yang akan berlangsung pada malam ini, 14hb Februari 2017 di Stadium Tun Abdul Razak jam 9.00 malam dan Johor Darul Ta'zim II menentang Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang jam 9.00 malam. Ayuh kita beramai-ramai hadir menyaksikan perlawanan tersebut sambil memberikan laungan semangat dan sokongan sebagai penyokong Harimau Selatan. Luaskan Kuasamu Johor.

LIVE STREAMING DIBAWAH :

LINK 2
REKOD PERTEMUAN DAN AKSI TERAKHIR LIGA KEDUA-DUA PASUKAN

Kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 11 kali dalam 5 tahun dan Johor DT mencatatkan rekod yang lebih baik denagn 7 kemenangan, 2 seri dan selebihnya pula kekalahan .. kedua-dua perlawanan akan mendatangkan aura mereka tersendiri apabila bertembung sesama mereka ..

Rekod aksi terakhir liga kedua-dua pasukan nampak seimbang dengan masing-masing mencatat satu keputusan seri .. berikut adalah keputusan penuh perlawanan mereka.


• JDT 0-0 Selangor, 11 Februari 2017
• JDT 3-1 Felda United, 27 Januari 2017

Rekod bagi Felda United agak kurang memuaskan apabila tewas pada perlawanan terakhir mereka .. di samping mereka kelihatan agak struggle dalam mencari rentak

• Felda United 1-2 Kelantan, 11 Februari 
• Felda United 1-1 Kedah, 4 Februari

TRIO JDT VS 'BACK 4' FELDA UNITED 

Benteng pertahanan Felda United pastinya masih sukar untuk melupakan betapa mudahnya pertahanan mereka dirobek oleh trio JDT ketika itu, Cabrerra-Ferreira-Azamuddin .. Ditambah dengan kehadiran Gabriel Guerra, pasti menambahkan lagi kerisauan kepada mereka ..

Namun difahamkan Gabriel Guerra mengalami kecederaan .. jadi ia nya satu kelegaan untuk barisan pertahanan Felda United .. jadi bagaimana Felsa United mahu atasi serangan trio ini ?

Pertama, asingkan Ferreira dari serangan JDT .. ini kerana Ferreira akan menjadi target man jika JDT bermain direct football .. ramai mengetahui Ferreira sedikit individualistik jadi ianya bukan satu tugas sukar untuk Shukor Adan menjinakkan pemain seperti itu berdasarkan pengalaman beliau ..

Kedua, jangan menggunakan pendekatan 'man-marking' .. ini kerana kebanyakkan pemain hadapan JDT akan menarik seorang demi seorang pemain Felda United untuk membuka ruang pada pemain yang lain ..


JDT MASIH GAGAL PERBAIKI ISU DOUBLE PIVOT

Beberapa perlawanan jelas bahagian enjin JDT begitu naif .. Gandingan Safiq dan Amirulhadi jelas lemah dan tidak seimbang .. 

Safiq sudah lama tidak bermain sebagai no.8 .. jadi pastinya sedikit janggal untuk pemain berusia ini bermain di posisi yang sudah lama ditinggalkan .. Safiq kelihatan clueless bila bola di kaki dan sering hantar ke belakang mahupun ke sisi ..

Bagaimana seorang pemain no.8 yg neutral dan gemar dengan free role diminta untuk bermain sebagai pemain no.6 ? Sedangkan di depth squad JDT, mereka memiliki 'powerhouse' iaitu Shakir dan Afiq Fazail .. 

Jadi bagi penulis, Mora harus berani menurunkan pemain yang berlainan bagi memainkan peranan kembar pivot ini ..

PEMAIN TUMPUAN 

FELDA UNITED - Hadin Azman
JOHOR DT - Azamuddin Akil

Via Dc Fatty

Lain-lain perlawanan dibawah :


Bagi yang tinggal berhampiran Pasir Gudang dialukan kedatangan anda bagi membantu memberi semangat untuk pasukan JDTII yang akan bertemu Pahang di MPPG pada masa dan tarikh yang sama.
Doakan kejayaan buat pasukan JDT & JDTII.

No comments