Header Ads

ad

Live Streaming ACL 2017 : GAMBA OSAKA VS JDT


Masa yang ditunggu-tunggu telahpon tiba umpama nak tunggu musim perayaaan haha. Hari ini dalam sejarah bola sepak Malaysia serta kelab pertama dalam Malaysia iaitu Skuad JDT iaitu JOHOR DARUL TAAZIM akan menentang Kelab Terpower di Asia iaitu Gamba Osaka buat pertama kalinya bagi tahun 2017.

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bertandang ke Jepun menentang pasukan tempat keempat Liga Jepun (J1 League) musim lalu, Gamba Osaka untuk aksi pusingan ketiga kelayakan Liga Juara Juara Asia (ACL).

JDT telah mencipta sejarah baharu dengan menjadi pasukan pertama negara layak ke play-off ACL selepas menumpaskan Bangkok United sebelum ini dan perlawanan menentang Gamba Osaka adalah penentu untuk mengesahkan tempat layak bersaing dalam Liga Juara Juara Asia (ACL) 2017.



Bagi aksi kelayakan terakhir ini, ramai yang meletak harapan tinggi terhadap Johor DT meskipun mengetahui reputasi Gamba Osaka merupakan sebuah pasukan yang kuat Namun seluruh peminat dan penyokong berharap barisan pemain skuad Harimau Selatan yang diturunkan dalam perlawanan ini dapat memberi tentangan sengit serta menyaingi kehebatan Gamba Osaka.

Andaikata JDT Menang 

Seandainya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menewaskan Gamba Osaka, JDT akan diletakkan dalam Kumpulan H (ACL) bersama tiga pasukan lain iaitu Adelaide United dari Australia, Jiangsu Suning (China) dan Jeju United dari Korea Selatan



Andaikata JDT Kalah

Sekiranya tewas kepada Gamba Osaka, JDT akan beraksi dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Baiklah tanpa berceloteh dengan lebih panjang admin nak bagi live streaming dibawah ini. Sekiranya tak boleh korang boleh refresh live streaming. Untuk pengetahuan anda perlawanan tersebut akan bermula jam 6 petang waktu Malaysia. Menarik untuk ditonton seluruh alam semesta.


Aksi perlawanan di antara pasukan JDT menentang Gamba Osaka turut disiarkan secara siaran langsung oleh Astro FOX Sports Channel 812 / 832 HD seawal jam 5:30 petang bermula dengan siaran pra-rancangan.

LIVE STREAMING DIBAWAH :

Link 1
Link 2

Harap anda sabar menanti Live Streaming pada pukul 6 petang sepak mula. Bukak 3 jam lebih awal takut line jem haha. Selamat Menonton dan Doakan JDT dapat mengalahkan Gamba Osaka.
#SetiaBersamamuJohor
#RoadToACL2017


1 comment: