Header Ads

ad

Live Streaming Game Friendly Buriram United VS Johor Darul Takzim JDT : Thailand Tour 2017


Akhirnya peminat-peminat Setia Johor sudah tidak sabar lagi untuk menyaksikan perlawanan paling gempak walaupon perlawanan persahabatan sahaja. Pasukan JDT malam ini akan menentang pasukan yang paling kaya di Thailand iaitu BURIRAM UNITED dalam siri jelajah Thailand 2017. 


Terdahulu kita sudah menyaksikan Pasukan Harimau Selatan menentang Chonburi dan Air Force Central yang mana berkesudahan seri serta tewas 1-0 keatas lawan masing-masing. Aksi pada malam ini juga merupakan pelengkap jelajah Thailand.


Tiga aksi perlawanan persahabatan pra musim di Thailand ini pastinya akan memberi peluang kepada jurulatih JDT, Mario Gomez, membuat perancangan bagi memilih pemain kesebelasan utama selain menampilkan keserasian dan kombinasi pemain yang terbaik


Perlawanan di antara pasukan JDT menentang Buriram United berlangsung di i-Mobile Stadium, Thailand bermula pada jam 7.30 malam, Sabtu mengikut waktu di Malaysia.


Aksi pada malam ini juga kita akan melihat import Baru iaitu Jerinimo Barrales sama ada mendapat tempat di hati Mario Gomez untuk kesebelasan utama nanti. Jadi tanpad berceloteh panjang jom saksikan game yang menarik untuk disaksikan oleh alam semesta.

Kedudukan liga Thai 2016: No 4
Tarikh: 14 Jan 2017
Masa: 7.30 petang waktu tempatan
Tempat: Stadium New I-Mobile, Buri Ram

Live Streaming ini dibawakan oleh JDTTV.MY. Stay tuned

Kredit JST DAN JDTTV

Selepas perlawanan ini JDT akan menentang satu lagi kelab dari THAI iaitu BANGKOK UNITED..yang dikatakan sungguh power diperingkat ACL nanti.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan skuad Harimau Selatan beraksi. Luaskan Kuasamu Johor.

No comments