Header Ads

ad

'Wajib Baca!!! 20 Fakta Mengenai JOHOR dan Rakyatnya


FAKTA MENGENAI JOHOR DAN RAKYATNYA:
Berikut ialah fakta-fakta menarik mengenai negeri johor darul takzim yang perlu anda tahu. Kalau tak tahu baca semoga fakta ini sampai ke anak cucu cicit kita.


1) Johor negeri pertama yg mmpunyai tentera sendiri & dibiayai oleh kerajaan Johor sendiri sehingga kini.

2) En. Mohamad Bin Hamzah iaitu pereka Jalur Gemilang berasal dari Johor.

3) Penulis asal Sejarah, Tun Sri Lanang merupakan orang Johor.

4) Orang johor ada dialek tersendiri. Selimut = gebor. Almari = gerobok @ gobok. Kalau makanan ringan = jajan.

5) Orang Johor banyak menggunakan perkataan 'eekk' di belakang ayat.

6) Orang Johor membahasakan dirinya 'orang'. Contohnya : "Orang nak pergi makan." walaupun nama sebenarnya Aminah @ dll.

7) Orang Muar pulak ada cara speaking yg tersendiri dgn menukarkan huruf terakhir dgn 'o' tapi bukan semua perkataan.

8) Huruf 'R' seperti silent utk orang johor jika huruf R dibelakang krn orang johor xkan sebut JOHOR tapi akan sebut JOHO. Bukan MUAR tapi MUO.

9) Orang johor jugak akan menukarkan perkataan yg akhirnya 'AR' dgn 'O' contoh : Saya rasa nak aje TAMPOR awak .

10) Orang Johor tak sebut SAYA tapi SAYE. Bukan KITA tapi KITE. Perkataan yg ditambah huruf 'E' & dibuang huruf 'A' juga terkenal dgn panggilan 'bahasa pasar'.

11) Orang Johor sebut menguap tu sebagai sangap.

12) Orang Johor sebut berdating tu sebagai berendut.

13) Kebanyakan oang Johor terutama selatan menggunakan perkataan 'anu' sebagai ganti perkataan buat. Anu bukan perkataan lucah.

14) Negeri Johor ialah negeri terakhir yg mendapat Residen.

15) Kita mencipta Mee Bandung & mee ini tiada kna mengena dgn Bandung, Indonesia.

16) Telur pindang adalah makanan orang Johor.

17) lagu ale-ale menjadi ikutan satu malaysia

18) stadium johor antara yg terbaik di asia .

19) orang Johor ada Sultan dan TMJ serta keluarga DiRaja yg selalu mendekati rakyat

20) ada 9 bulatan mahkota di Johor iaitu di Muar, Kluang(2), BP, Pontian, JB(3), Mersing.

No comments