Header Ads

ad

" Terkini !!! Video Aksi dan Gambar Rozaimi - Neymar JDT "


Setelah beberapa bulan berlatih dan menjalani latihan kecergasan serta fasa pemulihan di kem JDT , Rozaimi bakal membuat penampilan yang dinanti-nantikan pada awal musim depan...

Bila ' NEYMAR JDT ' ni nak tunjuk taring . Serius , admin tak sabar nak tengok dia beraksi didalam JDT . Namun 2017 Rozaimi akan mula tampil bersama JDT II.



Semua rakan sepasukan dalam skuad JDT mendoakan agar RozaimiAbdul Rahman segera sembuh selepas menjalani pembedahan merawat kecederaan 'Anterior Cruciate Ligament' beliau yang telah selesai dengan jayanya pada 21 Jun yang lepas.


Rozaimi telah mengalami kecederaan lutut tersebut sewaktu bermain untuk pasukan Sabah dan dengan bantuan pasukan perubatan JDT, pemulihan dan cara pengurusan kecederaan tersebut telah berjalan dengan lancar sehinggalah beliau terpintal lututnya dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini.

Rozaimi adalah pemain yang cukup popular dalam keluarga JDT, baru berusia 23 tahun dan perjalanan karier bolasepak beliau masih panjang. Beliau adalah salah seorang bakat muda terbaik dalam negara dan kami di JDT akan memberikan beliau rawatan perubatan yang terbaik dan melakukan segala cara yang boleh untuk memastikan beliau dapat kembali ke padang dalam keadaan yang terbaik seberapa segera yang mungkin.

Rawatan dan tempoh pemulihan selepas menjalani pembedahan ACL akan mengambil masa di antara 6 hingga 9 bulan. Rozaimi akan bersedia untuk musim 2017 di mana beliau akan diserapkan dalam skuad JDT IIterlebih dahulu sebagai persediaan untuk beliau kembali beraksi di pentas Liga Super bersama JDT.

Alistair Edwards, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim

Nantikan kemunculan & aksi Rozaimi bersama JDT II musim 2017 tidak lama lagi.

Video Terkini Neymar JDT Rozaimi :


No comments