Header Ads

ad

"Terkini!!! Bekas Gabenor BNM Jadi Penasihat Bank Antarabangsa!!!"

Bekas Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang bersara dari jawatannya pada April lepas, telah dilantik menjadi ahli panel penasihat antarabangsa Bank Pelaburan Infrastruktur (AIIB).

Bekas gabenor BNM ini yang terkenal dengan ketegasannya dalam kalangan pelabur-pelabur antarabangsa dan pemain-pemain pasaran kewangan Malaysia. Malah ada dalam kalangan pemain pasaran kewangan berharap penggantinya akan mengikut jejak langkahnya dalam menguruskan pasaran kewangan di Malaysia.



Zeti yang juga anak kepada Ungku Abdul Aziz (Bekas Naib Chanselor Universiti Malaya) pernah disenaraikan sebagai ketua bank pusat terbaik dunia pada 2009 oleh majalah Global Finance merupakan satu kebanggaan kepada rakyat Malaysia.

Di dalam AIIB nanti Zeti akan menyertai 10 ahli utama yang dilantik iaitu Perdana Menteri Pakistan Shaukat Aziz, bekas Menteri Kewangan Sweden Anders Borg, bekas Perdana Menteri Jepun Yukio Hatoyama dan Setiausaha Agung Yayasan Global Steve Howard.

Pada mesyuarat pertama selasa lepas, ahli-ahli panel membincangkan mengenai keadaan ekonomi global dan implikasinya kepada operasi bank, keperluan untuk menggalakkan infrastruktur hijau dalam agenda global baharu dan kepentingan untuk meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam infrastruktur di rantau ini.

Untuk pengetahuan pembaca, AIIB adalah sebuah bank pembangunan antarabangsa ditubuhkan pada 25 Dis, 2015, dengan modal permulaan sebanyak US$100 bilion, satu juta saham dan modal berbayar permulaan sebanyak US$20 bilion.

Via Moshed.com

No comments