Header Ads

ad

' Terbaik!!! Inilah 4 Orang Coach Yang Pernah Membimbing Skuad JDT dari 2013-2016'


FANDI, JIMENEZ, BOJAN, DAN GOMEZ: GURU TERBAIK JDT.


Kejayaan demi kejayaan telah diraih JDT sepanjang penjenamaan semula semenjak tahun 2013 sehingga kini. Dalam bercerita mengenai kejayaan² tersebut, tidak lengkap jika kita tidak menyebut individu-individu yang pernah dan masih menjadi nakhoda dalam percaturan JDT di atas padang. Jom kita kenali sedikit sebanyak mengenai mereka.


FANDI AHMAD

Namanya begitu sinonim dengan arena bola sepak Malaysia dan Singapura baik sbg pemain mahupun sebagai jurulatih. Sewaktu bergelar pemain bola sepak di posisi penyerang, dia pernah menjulang nama KLFA sebagai juara Piala Malaysia selama tiga tahun berturut-turut (1987,1988,1989) dan pernah memenangi kasut emas pada tahun 1988. Memulakan langkah dlm bidang kejurulatihan sebagai pembantu jurulatih pasukan kebangsaan Singapura pasa tahun 1999 (sukan SEA). Berpengalaman mengemudi beberapa kelab termasuk sebuah kelab Indonesia iaitu Pelita Raya, Fandi dipilih sebagai jurulatih JDT pada awal proses penjenamaan semula JDT. Meski tidak meraih sebarang piala pada tahun 2013, skuad JDT bimbingan Fandi Ahmad pada ketika itu sudah mampu melaungkan amaran awal kebangkitannya dengan meraih tempat ke 3 liga super, naib juara Piala FA 2013, dan melangkah ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.


FERRANDO JIMENEZ

Bekas pemain tengah yang berasal dari Sepanyol ini merupakan ketua jurulatih yang paling singkat membimbing JDT. Awal kariernya sebagai pemain bola sepak, dia menyarung jersi Valencia B dan kemudiannya menyertai skuad Valencia pada tahun 1981- 1984. Dalam bidang kejurulatihan pula, Atletico Madrid merupakan kelab bernama besar yang pernah berada di bawah bimbingannya (2004-2005). Meski hanya berpeluang mengemudi skuad JDT dlm masa yg singkat, dan tidak sempat membawa sebarang kejuaraan buat JDT, ada beberapa perkara yang ditinggalkan Jimenez. Antaranya ialah prestasi Safiq Rahim yang meningkat secara mendadak di bawah asuhannya, dan dia juga orang yang mengesan potensi pemain muda seperti Fazly Mazlan dan memberi tempat dalam skuad utama JDT pada ketika itu.

BOJAN HODAK

Jurulatih yang berasal dari Croatia ini juga dahulunya seorang pemain bola sepak. Bermain di posisi pertahanan tengah, dia telah menyertai beberapa kelab di Croatia, Hong Kong dan Singapura sepanjang kariernya sekitar tahun 90 an. Awal penglibatannya sebagai jurulatih di Malaysia, dia mengemudi pasukan UPB-My Team (2006) dan telah berjaya menggilap nama² seperti Norshahrul Idlan Talha, Bunyamin Omar, Syed Adni Syed Hussien, Nazrin Nazwi dan Azamuddin Akil, sebelum dia behijrah menjadi jurulatih bagi pasukan Phnom Penh Crown dan Shandong Luneng. Namanya kian melonjak naik ketika berjaya membawa TRW meraih treble pada tahun 2012 iaitu menjadi juara Liga Super, Juara Piala FA, dan Juara Piala Malaysia. Kredibilitinya sebagai jurulatih tidak disangkal lagi apabila berjaya menjulang JDT sebagai juara Liga Super 2014 dan sekaligus menjadikan JDT layak buat pertama kalinya menyertai saingan Piala AFC 2015, selain membawa JDT melangkah ke separuh akhir Piala FA dan menjadi naib juara Piala Malaysia pada tahun tersebut.

MARIO GOMEZ

Pada usia mudanya dia pernah bergelar pemain bola sepak di posisi pertahanan sekitar tahun 1980-1987 bersama Kelab Ferro Carril Oeste. Setelah bersara, dia memulakan kerjaya sebagai penolong jurulatih di kelab Lanus bagi Hector Cuper, nama yang tidak asing lagi dalam dunia kejurulatihan. Bermula dari situ, dia berkelana dari satu pasukan ke satu pasukan yang lain di Argentina dan menimba pengalaman sehinggalah dia beralih angin menjadi jurulatih sebuah pasukan di Asia iaitu South China AA pada tahun 2014. Belum pun sampai setahun mengendalikan South China AA, dia kemudiannya berubah haluan dengan menjadi jurulatih bagi JDT pada tahun 2015. Kehadirannya yang boleh dikatakan secara tiba-tiba bagi menggantikan Bojan Hodak banyak menimbukan tanda tanya. Melihat kepada pencapaian bersama kelab-kelab lamanya, tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang kewibawaan jurulatih ini. Akan tetapi, 6 piala termasuk piala AFC 2015 yang diraih JDT di bawah kendaliannya sudah cukup membuktikan bahawa dia adalah jurulatih yang paling berjaya membimbing JDT setakat ini.

P/s: terima kasih 'coach'..walau di mana anda berada kini, anda tetap sebahagian daripada langkah perjalanan JDT kesayangan kami.

No comments