Header Ads

ad

Sayu Hati Gambar dan Video!!! Hospital Tertua Di JB Hospital Sultanah Aminah Terbakor,6 Meninggal...


Suasana di Hospital Sultanah Aminah bertukar cemas selepas sebuah wad unit rawatan rapi (ICU) yang berada di tingkat dua hospital berkenaan terbakar dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi ini.Sehingga jam 10.45 pagi ini, pasukan bomba masih sedang memadamkan kebakaran, selain terdapat anggota membantu memecahkan cermin bagi memudahkan operasi memadam api.

‎Difahamkan ada mangsa yang terperangkap, namun jumlahnya masih belum dapat dipastikan.

Lima mayat disahkan ditemui selepas terperangkap dalam kejadian kebakaran di tingkat dua, Unit Rawatan Rapi (ITU) Hospital Sultanah Aminah setakat ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan sebentar tadi.








Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya masih giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap.

Operasi masih diteruskan dan sehingga kini masih belum ada laporan rasmi daripada pihak polis, bomba dan Jabatan Kesihatan negeri berhubung kejadian berkenaan.

Video Kebakaran :




Akan di update...

Terkini




Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam berkata, maklumat awal yang diterima pihaknya ialah kejadian yang mengorbankan enam pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) itu berpunca dari bilik rawatan dalam wad tersebut.

Sumber FB

No comments