Header Ads

ad

"Naik ke Turun??? Harga Minyak Masak Terkini Bermula 1 November 2016"

Harga Minyak Masak Terkini Mulai 1 November 2016.

Berapa harga minyak masak dalam botol dan paket di Malaysia susulan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga? Harga minyak masak dalam paket 1KG akan kekal pada RM2.50 sekilogram. Namun, subsidi akan dihapuskan untuk minyak masak paket/ botol lebih 1KG.  


Pengumuman harga minyak masak terkini telah dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada hari Rabu 26 Oktober 2016. Harga minyak masak terkini di Malaysia iniakan mula berkuatkuasa dari 1 November 2016.

Berikut dikongsikan harga minyak masak bermula 1 November 2016 :-

  1. Harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) : Tiada kenaikan - RM2.50 sekilo (Kekal)
  2. Minyak masak paket termasuk minyak masak berbotol lebih 1KG: Harga mengikut harga pasaran bermula 1/11/2016
Langkah kerajaan dalam penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak bertujuan untuk memastikan golongan sasar yang memerlukan minyak masak dapat menikmati subsidi kerajaan. Tanpa langkah ini, kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menanggung subsidi minyak. Langkah juga bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran.

Dengan penghapusan subsidi minyak masak berpaket/ botol lebih 1 KG, diharap pihak peniaga tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya. Semoga harga barang terutama makanan tidak akan terjejasketika kos sara hidup kini semakin meningkat. 

Harga terkini minyak masak selepas subsidi ditarik balik. Kita kena mencontohi para menteri yang makan Ubi rebus sahaja. Jadi tak gunakan minyak masak. Selamat merebus!




Via BH online Malaysiakini

No comments