Header Ads

ad

Kisah Benar !!! OKU Juga Boleh Berjaya Dan Bekerja Seperti Manusia Normal... Kita ?

Alhamdulillah seorang insan yang kurang sifat tetapi penuh dengan kecekalan, usaha, jati diri dan gigih dalam meneruskan perjalanan hidup. Pada yang hanya tahu meragut dan melakukan jenayah sebagai jalan singkat, memalukan jika melihat saudara ini.


Tidak sempurna anggota bukanlah halangan untuk meneruskan hidup demi sesuap nasi. Bangga dengan semangat hamba ALLAH ini mencari rezeki dengan keadaan serba kekurangan.Tugas sebgai tayarman kenderaan berat adalah satu tugas yg memerlukan tenaga penuh,admin dapat rasakan..bukan biasa-biasa boleh lakukan,perlu penuh kesabaran,syabas yg melaksanakan,demi rezeki,anda mmg cekal.




Hairannya yang kita sempurna akal dan fizikal ini ada yang sanggup merosakkan diri sendiri. fikir-fikirkanlah..

Kredit: BSTM


Selain itu juga viral baru-baru ini seorang pendidik juga mampu memberi khidmat kepada anak-anak bangsa meskipon kekurang dari segi fizikal tidak menjadi faktor penghalang untuk berjaya mari kita ikuti kisah beliau :


Tugasnya sebagai pendidik bukan kerja boleh dipandang enteng, sebaliknya Zawati Yusoff, 46, sentiasa memastikan dia dapat melakukan yang terbaik untuk anak muridnya. Semoga Allah merahmati dirinya.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Panji Kota Bharu ini juga terpilih sebagai Tokoh Guru Cemerlang OKU Kelantan.

Beliau seorang yang tabah dan kuat semangat. Semoga terus berjaya di dunia dan juga akhirat.

Via GPS Bestari

No comments