Header Ads

ad

Kasut Emas!!! Akhirnya Menjadi Milik Pereyra Diaz Wira JDT - Fans Bangga

Tahniah diaz. Sememangnya diaz adalah seorang penyerang yg paling berbisa n paling berstyle untuk JDT. Gudluck diaz for the next season. 

Penyerang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz ungguli takhta penjaring terbanyak Liga Super Malaysia dengan 18 gol diikuti rapat rakan sepasukan dan senegaranya, Juan Martin Lucero dengan 16 gol.



Selaku penjaring terbanyak, ianya melayakkan Diaz dianugerahkan Kasut Emas untuk musim 2016.

Sebagaimana diketahui, Diaz juga merupakan penjaring terbanyak Piala FA 2016 dan ini jelas membuktikan bahawa beliau sememangnya layak digelar Mesin Gol JDT.

Pastinya anugerah Kasut Emas ini diperolehi melalui semangat berpasukan yang merupakan kunci utama untuk beliau bersama para pemain lain berusaha mendapatkan gol sebanyak mungkin bagi memastikan JDT sentiasa beroleh kejayaan.

Luaskan Kuasamu Johor.

P/s: Persaingan yg sihat antara Diaz dan lucero sebagai penjaring..namun pujian juga harus diberikan pd pertahanan termasuk keeper JDT apabila paling sedikit dibolosi.

No comments