Header Ads

ad

" Isu Hospital Uzur ? Ini Respon Paling ‘Win’ Tunku Idris "

Seluruh negara masih lagi bersedih dengan insiden kebakaran wad kecemasan yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pagi tadi. Apatah lagi apabila ada nyawa yang terkorban dalam tragedi tersebut.


Golongan diraja negeri Johor turut terkesan dengan tragedi yang menimpa rakyat negeri itu. Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris melahirkan takziah kepada keluarga mangsa disamping mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital, pihak bomba dan mereka yang terlibat dalam usaha menyelamatkan mangsa dan memindahkan pesakit. Ucapan tersebut disampaikan melalui satu post yang dimuatnaik ke laman Instagram baginda.

Ucapan Takziah Tunku Idris…



“Sebelum nak kritik sesuatu, buat kaji selidik terlebih dahulu. Hospital adalah tanggungjawab kerajaan Malaysia dan bukan tanggungjawab kami.

“Kami sudah buat permohonan untuk mendapatkan hospital baru, tapi tidak diendahkan. Dana untuk JDT dan hospital berbeza.

“Tanya pada kerajaan Malaysia di mana bajet untuk hospital memandangkan baru saja pembentangan bajet 2017,” kata Tunku Idris.

Rata-rata menyokong jawapan Tunku Idris. Ada yang memberikan komen, hospital tersebut adalah hopital kerajaan dan dibawah tanggungjawab kerajaan Malaysia.


Selain itu, rakyat turut berterima kasih dengan titah Sultan Johor yang memberi kebenaran untuk menggunakan wad Diraja bagi para pesakit yang terpaksa dialihkan. Alhamdulillah!

Via  Instagram Tunku Idris, Twitter Johor Southern Tigers
Via  Hanasuva

No comments