Header Ads

ad

"Ini Jawapan PBNJ Mengenai Kekecohan Pasal 3 Kad Kuning Lucero..."


Liga baru sahaja habis...Ada masalah lain pula. Haaa apa dia? Ini bukan isu perpindahan player..tapi isu mengenai kad kuning.Hari ini, seorang pemuda bernama Zuraimi Zukri membuat semakan ke atas tiga pasukan teratas Liga Super iaitu Johor DT, Felda United dan Kedah. 


Hasil dari semakan ini didapati Rizal Ghazali sudah mengumpul tiga kad kuning dan tidak sepatotnya diturunkan. Makannya, keputusan FAM adalah tepat berdasarkan peraturan perlawanan untuk kad kuning.

Tetapi, hasil dari semakan tersebut, didapati Lucero menerima kad kuning pada MSL#07 (8/4 Kelantan lwn JDT), MSL#15 (26/7 JDT lwn Kelantan) dan MSL#17 (6/8 Perak lwn JDT). Pada MSL#18 (16/8 JDT I lwn PDRM) Lucero masih diturunkan. Ini sama seperti kes Rizal Ghazali.


Mengambil kenyataan FMLLP berdasarkan artikel Tak perlu pertikai – FMLLP, mereka menyatakan bahawa kes ini tidak terikat dengan tempoh 72 jam bantahan selepas perlawanan. Seterusnya mereka memotong mata dan mendenda Kedah. Kedah pula menerima keputusan tersebut.

Dalam kes Lucero, laman fanpage JST mengeluarkan kenyataan membela diri berdasarkan artikel 5.3 yang menunjukkan secara jelas bantahan perlu dibuat dalam tempoh 72 jam. 

Di pihak PDRM, mereka juga telah membut kenyataan untuk membuat bantahan secara rasmi. Kes yang sama sepatutnya menerima hukuman yang sama (ini bukan Trivigo). PDRM boleh mendapat 3 mata percuma dan selamat dari tersingkir ke Liga Perdana.



Japawan dari PBNJ :

1. PBNJ tidak pernah menerima sebarang e-mel atau surat rasmi daripada FMLLP atau FAM mengenai penggantungan Martin Lucero yang sebagaimana kebiasaannya. Sebagai contoh, pada bulan Ogos kami hanya menerima e-mel mengenai penggantungan S. Chanturu.

2. Jika Martin Lucero benar-benar telah digantung perlawanan, pesuruhjaya perlawanan akan dimaklumkan pada awal permainan dan tidak akan membenarkan pemain ini untuk memulakan atau disenaraikan untuk bermain dalam perlawanan tersebut.

3. Dalam mesyuarat pesuruhjaya perlawanan bersama kedua-dua pasukan pada pagi hari perlawanan, isu Lucero tidak ditimbulkan.

4. Menurut FAM statut, pasukan mempunyai tempoh selama 72 jam untuk membantah/mengadu tentang sebarang perkara yang tidak betul. Oleh itu, dalam kes ini ia telah berlalu lebih dari tempoh 72 jam dan kes ini tidak sepatutnya timbul.

5. Oleh kerana hendak selamatkan satu (1) pasukan, beberapa pasukan lain turut menjadi mangsa. Dan bagaimana anda boleh membangkit isu tersebut selepas dua (2) bulan, sedangkan FAM statut memperuntukkan tempoh 72jam sahaja! Apa sudah terjadi?

cc: FAM, FMLLP, LALANG MALAYA

Via 90 Minit 



No comments