Header Ads

ad

Gempar HSA JB Terbakar Lagi (Video)


Kebakaran HSA

Lagi kebakaran berlaku di bilik pembedahan HSA sebentar tadi. Tiada info kemalangan jiwa setakat ini.

Selepas 24 jam berlalu, Hospital Sultanah Aminah (HSA) sekali lagi digemparkan dengan satu lagi kebakaran dipercayai berlaku di kawasan bilik pembedahan hospital itu, sebentar tadi.






Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 petang ini dan turut kelihatan asap keluar dari kawasan bangunan di tingkat satu selain persekitar turut berbau hangit.

Pemerhatian dilokasi terdapat sebuah jentera bomba tiba di lokasi, namun masih belum ada laporan rasmi berhubung kejadian itu diberikan.

Tinjauan mendapati petugas HSA membawa keluar pesakit bagi mengosongkan bangunan, manakala petugas dilihat berada di satu sudut lapang di perkarangan hospital itu.




Pada masa sama sekumpulan anggota keselamatan turut dilihat memantau keadaan.

Bahagian bilik bedah HSA operation theater pula terbakar, namun tiada kemalagan jiwa dilaporkan setakat ini,.. walau bagaimanapun keadaan di HSA kembali huru hara dengan para jururawat memindahkan pesakit ke tempat yang lebih selamat,.. Permudahkan segala urusan semoga tiada perkara yang tidak diingini berlaku InsyaAllah.
#doauntukHSA #prayforHSA



Via Metro
#PrayForHSA
#PrayForJohor

No comments