Header Ads

ad

Fokus Kelab Jdt Adalah Untuk Memperkukuhkan Kewangan Kelab Dan Pembangunan Belia Pada Tahun 2017


Fokus Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk tahun 2017 adalah untuk memperkukuhkan kewangan kelab. Untuk memastikan ianya tercapai, kami perlu melakukan beberapa pengorbanan dan membuat beberapa perubahan. Pada tahun hadapan, kami juga akan memberikan tumpuan kami kepada projek pembangunan belia. 

Kami telah membuktikan kepada dunia bahawa kami mampu untuk mencapai kejayaan. Semua kelab yang baik perlu bijak untuk memutuskan bilakah masanya untuk bertindak. Oleh itu, kita perlu berbelanja dengan bijak dan menjana kewangan kelab serta menghasilkan bakat-bakat muda untuk kelab. Kami mempunyai projek yang baik bersama kelab Valencia dan saya mengalu-alukan projek yang menarik ini.

YAM Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim

Via JOHOR Southern Tigers 
@officialjohor

No comments