Header Ads

ad

"3 Kali Jer Kalah !!! Inilah Individu Yang Memberikan Impak Cemerlang JDT Sepanjang Musim 2016"


Gomez adalah antara individu yg terlibat dalam tranformasi TMJ ke atas bolasepak JDT. Patut dikenang sepanjang zaman. Ingat JDT , Ingat Gomez. Ingat Gomez, ingat TMJ. TMJ pemangkin kebangkitan bolasepak Johor. Gomez pula , insan yg bertanggungjawab membawa Piala AFC ke bumi Johor.Meskipon pernah terlibat kemalangan tetapi usaha beliau untuk membawa kelab kesayangannya ini sangat serius untuk kejayaan bersama.





Tirai musim 2016 buat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim telah dilabuhkan dengan penuh gemilang pada 22hb Oktober 2016 yang lalu. JDT telah mengharungi 47 perlawanan dengan mencatatkan 33 kemenangan, 11 seri dan hanya tewas tiga kali sahaja. Bermula dengan Piala Sumbangsih, diikuti Piala FA dan menjulang kejuaraan Liga Super Malaysia buat kali ketiga berturut-turut, rekod JDT bertambah dengan pencapaian selaku pasukan pertama mengharungi perlawanan liga sepanjang musim tanpa tewas. Lebih manis, pemain utama JDT Jorge Pereyra Diaz merupakan penjaring terbanyak Liga Super Malaysia musim 2016.

22 perlawanan Liga Super memperlihatkan JDT memenangi 18 perlawanan dan seri baki perlawanan manakala jumlah jaringan adalah 56 gol dan bolos 14. JDT menjadi juara Piala FA dengan 6 kemenangan dan 1 tewas manakala jumlah jaringan dicatatkan adalah 21 gol dan bolos 7. Sementara itu di pentas Piala Malaysia, JDT menang 1 perlawanan, 4 seri dan tewas satu kali manakala jaringan pula adalah 9 gol dan 9 bolos. JDT menamatkan saingan Piala AFC di peringkat separuh akhir dengan 8 kemenangan (7 berturut-turut), 2 kali seri dan tewas sekali. Jaringan dicatatkan adalah 33 gol dan bolos 11. Keputusan-keputusan yang direkodkan ini (Liga Super, Piala FA dan Piala AFC) adalah suatu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh Harimau Selatan memandangkan ianya bukan mudah untuk dicapai oleh pasukan lain. Luaskan Kuasamu Johor.

Antara pencapaian terbaik untuk MARIO GOMEZ selaku pengurus dan jurulatih JDT . Hanya 3 kekalahan dicatatkan .

Pencapaian JDT dibawah bimbingan MG 2016
- Juara Sumbangsih
- Juara FA
- Juara Liga Super 
- invinsible season untuk liga super 
- melakukan hatrik untuk kejuaraan liga super
- 122 gol jdt cipta dengan niabah 3.6 gol untuk setiap perlawanan

Via JST

No comments