Header Ads

ad

'12 Gambar TMJ Di World Football Summit dan 27 Point Ucapan Tmj...No.24 Paling Sentap...'



Nama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi tampil sekali lagi di mata dunia apabila DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menghadiri dan memberi ucapan di Persidangan Bolasepak Antarabangsa 'World Football Summit' yang diadakan di Spain pada hari ini, 28hb Oktober 2016.









Ucapan DYAM Tunku Mahkota Johor telah mendapat perhatian dan menerima jemputan untuk berkerjasama dengan kelab gergasi Itali seperti Juventus dan Santos FC.

Ramai delegasi dari India dan Afrika menyatakan hasrat untuk datang ke Johor dan belajar dari DYAM Tunku Mahkota Johor mengenai pengurusan bolasepak selepas mendengar ucapan dari DYAM Tunku Mahkota Johor.

TEKS UCAPAN YANG DISAMPAIKAN OLEH DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR DI MAJLIS PERSIDANGAN WORLD FOOTBALL SUMMIT, MADRID | 28 OKTOBER 2016

1. Selamat petang tuan-tuan dan puan-puan. Ini merupakan satu penghormatan yang besar bagi saya untuk berada di sini untuk bercakap kepada anda semua pada Sidang Kemuncak Bola Sepak Dunia (World Football Summit) ini. Saya datang dari sebuah negeri yang sangat kecil di Malaysia dipanggil Johor, dan saya mempunyai sebuah kelab bola sepak kecil yang dikenali sebagai Johor Darul Ta'zim, juga lebih dikenali dengan panggilan JDT. Sebuah kelab kecil dengan impian yang besar.
2. Anda telah melihat rakaman video pencapaian kami di JDT sepanjang tempoh lebih dari tiga tahun setengah. Saya sedar video tersebut agak panjang, saya juga sedar ini adalah hari Jumaat, jadi jangan risau, saya akan memastikan ucapan saya ini pendek dan ringkas.
3. Perjalanan kami bermula dari waktu saya mengambil alih kelab. Kelab pada masa itu mempunyai begitu banyak cabaran dengan gejala rasuah dan mengatur perlawanan menjadi suatu masalah yang cukup besar.
4. Sebelum melakukan sebarang perubahan, kami perlu sedar dan akui kelemahan-kelemahan kami, perlu menerimanya dan bukan cuba menafikannya serta kemudian kami perlu mempunyai keinginan untuk berubah, untuk menjadi lebih profesional, seterusnya mengubah struktur dan mengubah polisi kelab kami.
5. Perkara pertama yang saya lakukan adalah menetapkan polisi, dan polisi ini adalah perkara yang tidak boleh diubah.
(i) Kami menetapkan polisi kami (visi dan falsafah)
(ii) Kami menetapkan struktur yang profesional
(Iii) Kami letakkan orang-orang yang betul di tempatnya
6. Sepanjang proses ini dan hingga ke hari ini saya sering mengambil tahu setiap perkara kerana saya mahu segala-galanya yang berlaku di dalam kelab di bawah pengetahuan saya. Saya mempunyai banyak penaja yang telah membantu saya sepanjang masa dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan kesetiaan mereka.


7. Projek ini bukan hanya mengenai bola sepak, ia juga mengenai faktor penyatuan dan yang paling penting bagi negeri saya adalah tanpa mengira kaum atau agama, saya ingin melihat rakyat saya bersatu. Bola sepak memberikan kami semangat jati diri untuk memberitahu dunia dari mana kami datang – iaitu dari negeri Johor.
8. Sebagai sebuah negeri yang sangat kecil di Malaysia, kami cukup kaya dengan sejarah dan kami juga menggunakan bola sepak sebagai kaedah untuk mempromosikan sejarah dan identiti kami.
9. Langkah seterusnya adalah menarik perhatian ramai dengan menandatangani beberapa pemain bertaraf dunia untuk mempromosikan apa yang kami sedang dilakukan dan untuk menunjukkan kepada umum betapa seriusnya kami. Pada masa itu, saya mempunyai pilihan sama ada mahu melabur dalam projek kami untuk pembangunan belia atau melabur untuk pembelian pemain terbaik bagi mencapai kejayaan serta merta. Saya membuat keputusan melabur untuk mencapai kejayaan serta merta supaya dunia memandang kami lebih serius.
10. Selepas kami mencapai kejayaan serta merta, barulah kami mula melabur dan memberi tumpuan penuh kepada projek-projek pembangunan belia. Kami bermula dengan kerjasama bersama Borussia Dortmund dan kami meneruskannya dengan Valencia.
11. Kami mempunyai pelbagai kerjasama yang memberi tumpuan kepada aspek-aspek yang berbeza. Kami dapat merasakan bahawa kami boleh belajar dari kelab lain di Eropah kerana anda semua sudah 100 tahun lebih awal daripada kami dalam arena bola sepak dan di Asia Tenggara, kami masih dianggap masih muda dalam bidang bola sepak.
12. Jadi saya mengambil peluang untuk belajar seberapa banyak yang saya boleh dan hari ini, dengan mempunyai hubungan bersama kelab-kelab seperti Borussia Dortmund dan Valencia, dan saya mempunyai peluang untuk melawat Barcelona dan Real Madrid serta bertemu dengan presiden masing-masing, serta sebuah kelab dari Jepun - Sapporo.
13. Saya percaya bahawa dengan melawat semua kelab terbaik ini, ianya benar-benar banyak membantu saya dan telah mengubah perspektif saya serta boleh digunakan dan dimanfaatkan untuk bola sepak di negara saya.
14. JDT telah berjaya mengubah cara bola sepak di Malaysia. Kami telah bergerak dengan pantas dalam masa yang singkat.
15. Kami telah memenangi tujuh kejuaraan dalam tempoh tiga tahun setengah. Kami mempunyai kemudahan yang terbaik di negara ini malah di Asia Tenggara dan kini kami menumpukan banyak perhatian kepada pembangunan belia.
16. Pendidikan adalah bahagian terbesar dalam kelab bola sepak kami, kami bukan sahaja membentuk hubungan dengan beberapa kelab bola sepak terkemuka di Eropah untuk meningkatkan pembangunan bola sepak kami, tetapi juga untuk memberi tumpuan dalam mendidik belia kami.
17. Kakitangan kami di JDT terdiri dari pelbagai kaum. Jurulatih dan kakitangan teknikal datang dari bahagian-bahagian yang berlainan di dunia - Argentina, Sepanyol, Mexico, Croatia, Jerman dan Australia. Kami percaya ini adalah satu pendekatan yang baik kerana bola sepak sentiasa berkembang dan kita boleh belajar banyak dari apa yang berlaku dari persekitaran bola sepak yang berbeza. Walaupun pada masa ini kami mempunyai barisan kejurulatihan yang terdiri oleh warga asing, semuanya sedang berusaha ke arah meningkatkan kemahiran jurulatih tempatan supaya pada suatu hari nanti kami akan dapat mempunyai jurulatih tempatan di kedudukan utama dalam kelab ini.
18. Kami telah memulakan proses ini dengan jurulatih kami baru-baru ini telah meluangkan masa mengikuti program pendidikan kejurulatihan di Akademi Valencia dan Sapporo.
19. Saya berharap kelab lain di Asia Tenggara juga dapat belajar seberapa banyak yang mereka boleh dari kelab Eropah atau kelab ternama lain di seluruh dunia dari Amerika Selatan dan juga Asia.
20. Saya juga berharap agar kelab di negara saya akan belajar bagaimana untuk menguruskan sumber-sumber kewangan dan tidak terlalu berlebihan dalam berbelanja.
21. Orang-orang di Asia Tenggara perlu sedar betapa pentingnya dan berkuasanya sukan bola sepak. Ia adalah sukan yang paling popular di dunia di mana anda boleh melihat anak-anak muda bermain di jalanan dan mereka-meraka yang suka menonton dan menyokong bola sepak tidak kira kanak-kanak atau orang tua - tanpa mengira bangsa dan agama, itulah kuasa bola sepak. Ia menyatupadukan semua orang, ia adalah satu sukan yang boleh berkomunikasi dalam satu bahasa dan itulah sebabnya saya melibatkan diri saya dalam industri bola sepak ini kerana saya melihatnya sebagai sesuatu yang lebih besar daripada hanya sebuah permainan - ia bukan hanya satu permainan, ia adalah sesuatu yang sangat kuat yang mampu digunakan untuk melaksanakan program pendidikan, mengajar menghormati orang, menghormati budaya lain, menghormati antara satu sama lain dari bahagian lain di dunia.
22. Hak penyiaran televisyen (TV) adalah satu masalah besar di negara saya, di negara-negara bola sepak yang berjaya di Eropah, pembiayaan penyiaran TV adalah tulang belakang bagi sokongan kewangan untuk sebuah kelab bola sepak sedangkan di Malaysia kami terpaksa bergantung hampir sepenuhnya kepada penajaan. Pembiayaan hak penyiaran TV yang kami terima tidak mencukupi kerana persatuan bola sepak kami telah memutuskan untuk mengambil bahagian yang lebih untuk diri mereka sendiri dan bukan menyumbangkannya kepada semua pasukan yang mengambil bahagian dalam negara ini. TV harus memberikan sokongan yang lebih kepada sukan tempatan. Syarikat-syarikat besar perlu berbelanja lebih untuk mempromosikan bola sepak di Malaysia dan Asia Tenggara.
23. Apabila orang bertanya kepada saya tentang visi saya untuk mempertingkatkan bola sepak di negara saya, saya katakan:
I. Berjuang untuk meningkatkan hak penyiaran TV untuk setiap kelab merupakan satu keutamaan,
II. Untuk terlibat dalam liga, setiap pasukan wajib untuk mempunyai projek pembangunan belia;
III. Dan pastinya mempertingkatkan lagi fasiliti bola sepak
Ini adalah tiga perkara utama yang saya sarankan.
24. Kami tidak boleh membiarkan ego kami melangkaui perjalanan kami di Asia Tenggara, kami tidak boleh berfikir bahawa kami arif segala-galanya kerana kita sememangnya tidak cukup arif. Kami tidak mempunyai banyak pengetahuan mengenai bola sepak dan itulah sebabnya mengapa saya berada di sini. Saya tidak keberatan meletakkan diri saya di bawah untuk mempelajari seberapa banyak yang saya dapat dari orang-orang yang berjaya dan mudah-mudahan saya dapat menyumbang pengetahuan ini untuk kelab dan bola sepak saya di Malaysia.
25. Saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya, isteri saya dan semua orang dalam pasukan saya yang sentiasa memberi sokongan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak penaja dan penyokong kami.
26. Seseorang yang ingin sekali saya ucapkan terima kasih ialah Encik Peter Lim atas semua nasihat, panduan dan sokongan beliau yang telah diberikan kepada saya selama ini.
27. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana memberi saya peluang dan penghormatan untuk berucap di Sidang Kemuncak Dunia Bola Sepak, ia telah menjadi satu peluang dan satu penghormatan besar bagi saya untuk berkongsi seberapa banyak yang saya mampu dalam industri bola sepak kita yang indah ini.
Terima kasih yang tidak terhingga.
DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
-------
SPEECH BY HRH CROWN PRINCE OF JOHOR
CLOSING CEREMONY
WORLD FOOTBALL SUMMIT, MADRID | 28 OCTOBER 2016
1. Good afternoon ladies and gentlemen. It’s a great honour for me to be here to speak to all of you at this World Football Summit. I come from a very small state in Malaysia called Johor, and I have a small football club called Johor Darul Ta’zim, also fondly known as JDT. A small club with big ambitions.
2. You have seen the video of what our achievements at JDT over the last three and a half years. I know the video was long, I know it’s Friday, so I promise to keep it short and sweet.
3. We started the journey when I took over the club. The club at that time had many challenges with corruption and match fixing being a major problem.
4. Before any changes we have to realise and acknowledge our weaknesses, we have to accept it instead of being in denial and then we have to have the urge to change, to be more professional, change the structure and changing our club’s policy.
5. This first thing that I did was to set a policy, and this policy is one that cannot be changed.
(i) We set our policy (vision and philosophy)
(ii) We set a professional structure
(iii) We put in place the right people
6. During this process and to this day I am very hands on because I want to know everything that goes on in the club. I have a lot of sponsors that helped me along the way and I would like to thank them for their trust and belief.
7. The project is not just about football, it's about the unifying factor and its very important for my state that regardless of any race or religion I would like to see my people unified. Football gives us the sense of identity to tell the world about where we come from – which is the State of Johor.
8. Being a very small State in Malaysia, we have a very rich history and we use football also as a vehicle to promote our history and identity.
9. The next step was to make noise by signing some world class players to promote what we were about to do and to show people how serious we were. At the time I had the choice of whether I wanted to invest in our foundation for youth development or invest in top players to achieve immediate success. I decided to invest to achieve immediate success so that the world would take us more seriously.
10. After we achieved that immediate success, we then started investing and putting a lot of focus into our youth development projects. We started this with a collaboration with Borussia Dortmund and we are going to continue with Valencia.
11. We have collaborations that focus on different aspects and areas. We feel that we can learn from other clubs in Europe because you all are 100 years ahead of us in terms of football and in South East Asia, we are still considered very very young when it comes to football.
12. So I took the opportunity to learn as much as I can and today with have a relationship with clubs like Borussia Dortmund and Valencia, and I’ve had the opportunity to visit Barcelona and Real Madrid and meet up with their respective presidents, as well as a Japanese club - Sapporo.
13. I believe that visiting all these top clubs have really helped me a lot and changed my perspective so that I can now use it to benefit football in my country.
14. JDT has successfully changed the face of Malaysian football. We have been progressing very fast in a short period of time.
15. We have won seven titles in three and a half years. We have the best facilities in the country or even in South East Asia and now we are concentrating a lot on our youth development.
16. Education is a big part of our football club, we are not only forming relationships with some of the top football clubs in Europe to improve our football development but also to focus on educating our youths.
17. Our staff at JDT is very multi racial. Our coaches and technical staff come from different parts of the world - Argentina, Spain, Mexico, Croatia, Germany and Australia. We believe this is a good approach because football is constantly evolving and we can learn a lot from what's happening in different football environments. Even though at the moment we have our coaching positions occupied by foreigners, everyone is working towards upskilling the local coaches so that one day we will be able to have local coaches in the key technical positions at the club.
18. We have started this process with our coaches spending time recently on educational coaching attachments with the Academies of Valencia and Sapporo.
19. I hope that other clubs in South East Asia can also learn as much as they can from Europe or other top clubs around the world from South America and even Asia.
20. I hope that the clubs in my country will learn how to utilise our financial resources and not overspend.
21. People in South East Asia should realise how important and powerful football is. It’s the most popular sport in the world where you can see young kids playing on the streets and people who love to watch and support football whether they are kids or elderly people - regardless of race and religion, that's the power of football. It unifies people, it’s a sport that speaks one language and therefore this is why I involve myself in the football industry because I see it as bigger than just a game – it is not just a game, it's a very powerful tool that can be used when implementing educational programs, teaching people respect, respecting other cultures, respecting one another from different parts of the world.
22. TV rights are a big problem in my country, in other successful football countries in Europe TV funding is the back bone of the financial backing at a football club whereas in Malaysia we have to rely almost entirely on sponsors. The TV rights funding we receive is not enough because our football association has decided to take more for themselves instead of contributing to all the teams participating in the country. TV should support our local sports more. Big companies should spend more on promoting football in Malaysia and South East Asia.
23. When people ask me about my vision on improving football in my country I say;
I. To fight for improving TV rights for every club as a priority;
II. To participate in the league it should be compulsory for every team to have a youth development project;
III. And obviously to improve the football facilities
These are the first three things I encourage.
24. We cannot allow our Egos to get in the way in South East Asia, we can’t think that we know everything because we don’t. We lack a lot of knowledge when it comes to football and that's the reason why I’m here. I don’t mind putting myself down to learn as much as I can from successful people and hopefully I can contribute this knowledge for my club and football in Malaysia.
25. I’d like to say thank you once again. I’d like to thank my family, my wife and all the people in my team who have always been very supportive. I’d also like to thank all of our many sponsors and supporters back home.
26. One person I’d like to especially thank is Mr Peter Lim for all the advice, guidance and support he has given me along the way.
27. Last but not least I’d like to thank all of you for giving me the chance and privilege to speak at the World Football Summit, it has been a pleasure and a great honour for me to share as much as I can in this beautiful football industry of ours.
Thank you very much.
HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor
Hidup Johor Demi Johor

Via JST

No comments